Sallim ala kulli muslim abadan abada..Allahu Akbar!!

Tidaklah mata seseorang menistiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari apa neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori debu kehinaan.Apabila seorang dari kaum itu menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidak ada sesuatupun yang tidak ada kadar dan balasan, kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api..

Sunday, February 13, 2011

Muslim Hip Hop - Islamic Nasheed Music by Muslim Artists

Meshary Alarada - Farshy AlTurab Islamic Nasheed + MP3 LINK

Monday, January 31, 2011

new world order is here! NAU

Money, Masons and Alchemy (Part 2)

Hamza Yusuf - New World Order Dollar Bill

Dajjal and The New World Order by HAMZA YUSUF - Pt 1/18

2 Year Old Girl Answering Questions About Islam! [Must See!]

Allah- the beauty of Islam

the beauty in islam

The Beauty of Islam - The only true Religion - Islam is the only accepte...

The Beauty Of Islam --- روعة الإسلام

Tinta kasih di atas lembaran cinta buat yang tersayang

surat y ku tulis, tp tidak pernah 

di baca oleh penerimanya. 

hanyalah tinggal kata kata 

sahaja.. tanpa ia 

smpat berbicara di kalam 

penerimanya..kerana maut 



memisahkan serta memutuskan stp y hidup dengan y mati... allah lebih mengetahui ats 

setiap taqdirNya.

Assalamualaika habibi..yahubbi..
   
Kehadapan insan yang aku sayangi dan cintai..semoga setiap detik dan saat engkau bernafas sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat-Mu dan kasih sayang daripada Allah Azzawajalla...semoga setiap langkah dan pergerakan sendimu sentiasa dinaungi oleh sayap-sayap Abdullah Min Nur....semoga hidupmu sentiasa diredhai.

   Ku memohon alf aasif andai persahabatan ini sentiasa melukai dan mengguris kalbumu..takdir Allah menghadirkan diriku dalam hidupmu...terimalah aku seadanya...kadangkala perselisihan faham yang terjadi akan mematangkan hubungan kita, membina persefahaman, mengutuhkan kasih sayang antara kita. Al-hubb Al-hadid. Panjatkanlah doa kepada pemilik setiap jiwa Allahu Rabbul 'Alamin agar mengurniakan kepada kita hati yang tulus mencintai-Nya, yang berkasih sayang kerna-Nya, dan berpisah kerna-Nya.


   Alf syukr li akhi soghir...ya hubbi...atas segala kebaikan-Mu atas diriku. Hanya Allah membalas amalan kebaikan. Aku menyayangimu melalui satu ikatan persahabatan...engkaulah penyeri taman firdausi di dalam sanubariku...semoga Allah meredhai persahabatan kita.. Maafkan diriku andaikata aku tidak mampu menjadi teman baikmu...




                   Persahabatan yang murni terjalin dari
keluhuran kalbu yang bermanikkan butiran  keikhlasan....
Hargailah anugerah ini kerana dengannya hidup lebih bermakna......
             
al fatihah buat sahabatku, y pergi tanpa sempat wajahmu ku tatap, tanganmu ke belai dan hatimu ku sentuh dengan kasih dan sayang..
                   semoga allah menempatkannmu di kalangan hambanya y beriman. amin



Saturday, January 15, 2011

Kamar kamar syurga

Rasullallah pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu tebahagi kamar kamar.Dindingnya tebus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan di dunia.
       ''Untuk siapa kamar kamar itu wahai rasulallah" tanya para sahabat.
       "Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberi makanan kepada mereka yang memerlukan dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di malam hari saat manusia lelap dalam mimpinya. "
       "Siapa bertemu temannya dan memberi salam, itu bereri ia telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi salam kepada ahli keluarganya serta berkucupan, itu bererti mereka selalu membiasakan berpuasa. Merka yang sentiasa solat isyak dan subuk secara berjemaah, ia termasuk orang yang solat malam.Begitulah nabi menjelaskan sabdanya pada para sahabat

Ubat Hati

Ubat hati ada lima perkara :
  • membaca al quran dengan maknanya
  • solat apada waktu malam ( qiamullail )
  • berkumpul / bergaul dengan orang soleh
  • memperbanyakkan ibadah puasa
  • memperbanyakkan zikrullah pada waktu malam
Barangsiapa dapat menjelaskan salah satu dari atas, maka Allah akan selalu mencukupi kita.

Aku Adalah Hamba..

Friday, January 14, 2011

Pertolongan Allah

      Setiap manusia pasti diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk ujian.Ada yang diuji dengan kemiskinan, kelaparan, penderitaan jiwa dan kekurangan harta  benda. Ada yang diuji dengan penyakit, kemataian, kehilangan orang yang dicintai. Ada yang diuji debgan ketakutan ketika juodoh tidak kunjung tiba, sedangakan usia terus bertambah.Ada juga yang diuji dengan kebimbangan ketika keturunan belum hadir setelah bertahun tahun berumah tangga.Ada juga yang diuji dengan kecemasan ketika tidak memperoleh sebarang pekerjaan.
      Persoalan demi persoalan, kesulitan demi kesulitan yang dialami setiap manusia, hakikatnya adalah ujian dari Allah untuk melihat siapa diantara hambanya yang tetap teguh, sabar dan ikhlas penuh keimanan dan ketaqwaan dalam menghadapi segala ujian yang datang kepadanya, serta siapa yang tidak sabar dan mudah putus asa ketika ditimpa pelbagainujian dan cubaan dari Allah.
      Apakan kita akan tergugat akan tergugat dan mempersoalkan keadilan Allah?Atau mungkinkah  serangkaian masalah yang kita alami akan menyedarkan kita bahawa kita adalah makhluk yang lemah dan tidak berdaya tanpa kekuatan dan pertolongan Allah.
      Sesungguhnya setiap kesulitan yang menimpa manusia Allah sudah janjikan jalan keluar serta penyelesaiannya.Hanya Allah yng mampu memberi pertolongan berupa jalan keluar dari setiap masalah serta penyelesaiannya bagi setiap persoalan yang menimpa manusia.
      Persoalannya bagaiamanakah menjemput pertolongan Allah, agar setiap masalah segera mendapat penyelesaiannya?
                                FAFIRRU ILALLAH.WATUBU ILALLAH BITAUBATAN NASUHA.

Jalan mencapai taat.

Bukan mudah untuk mencapai taat.Untuk taat, kita perlu membina diri dengan melakukan latihan yang cukup berat,disertai kesungguhan melakukannya.Ada 3 perkara yang perlu disiapkan sesuai dengan sabda nabi yang diriwayat oleh abul laits,maksunya :
Ada 3 unsur yang membuatkan orang menjadi taat :
  • khauf (rasa takut yang sebenar benarnya kepada Allah.
  • raja' (rasa mengharap kepada allah dengan yakin)
  • hubbu ( rasa cinta yang mendalam terhadap Allah )
ketiga tiga sifat ini mempunyai tanda tanda :
  • khauf (takut ) > jauh diri dari benda haram
  • raja' (harap ) >ingin kepada perbuatan taat
  • hubbu ( cinta ) >rindu dan ingin kembali kepada Allah

Taat kepada Allah dan rasul: Jaminan ke syurga.

Pesanan Imam Al ghazali

Iman al ghazali pernah berpesan agar dilakukan empat perkara berikut supaya dapat mencantikkan akhlak, iaitu :
  1. bermuamalat atau berusanlah dengan Allah sebagaimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu.Kami tidak merasa bingung atau marah dengannya. Apa yang kamu tidak suka dilakukan oleh orang bawahanmu,Allah juga tidak suka perlakuan sedemikian kerana allah adalah tuhanmu yang hakiki.
  2. setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, maka perbuatlahlah sebagaimana kamu mahu orang diperbuat atas dirimu kerana tidak sempurna keimanan seseorang itu selagi dia tidak suka orang lain peroleh sesuatu yang dia sendiri menyukainya.
  3. sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu, maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu. Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, nescaya kamu hanya mempelajari ilmu yang akan mengawasi hati kamu dan berusaha melepaskan dirimu dar belenggu dunia.
  4. Jangan mengumpul harta dunia melebihi keperluanmu untuk tempoh setahun kerana rasulallah sendiri hanya menyediakan bekalan terhadap isteri isteri baginda untuk tempoh sehari setengah sahaja.

Solat...sia sia tanpa mendekati Allah

Allah tidak suka kaum yang tidak mengendahkan solatnya, dan allah mencabut ilmu khusyuk itu dari dadanya agar tidak dapat berkomunikasi dengaNYA. Allah akan menutup dan menguncu mati hati orang yang lalai akn solatnya dan hanya mengikut hawa nafsunya. Allah berpaling dan mengirimkan kawan yang sesuai dengan dirinya agar nertambah jauh dari rahmat Allah.

Allah akan menistakan manusia yang lalai serta mengotori hatinya dengan mengirim musuh Allah sebagai penasihat dan penuntunnya ke jalan kesesatan, iaitu syaitan laknatullah.Aallah adalah zat yang maha mengetahui,yang maha bijaksana, dan tidak ada yang menyamai ilmunya. Jika begitu Allahalah guru kepada semua ilmu, sekaligus pemilik kepada kebenaran hyang mutlak. Bukankah pelaksanaan agama yang kita lakukan adalah untuk menuju kepadanya, kepada dia sumber yang memiliki segala ilmu?

Dalam surah al alaq, ayat 5 : '' ia mengajarkan kepada manusia aapa yang tidak diketahuinya.'' Firmannya lagi, '' Oleh iti hendaklah kamu bertaqwa kepada allah, dan ingatlah Allahlah yang mengajar kamu, dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap tiap sesuatu.'' surah al baqarah, ayat 282.

Allah mengatakan bahawa manusia sesama manusia adalah sahabat yang saling berkongsi pengalaman, bukan sebagai guru dan murid. Malah, Rasulallah juga mengatakan orang yang dekat dengannay adalah sahabat bukan murid.

Allah berfirman dalam al quran ''...dan mereka pula berpesan pesan kearah kebenaran serta berpesan pesan dengan sabar.'' surah al asr,ayat 3

Kita harus belajar kepada Allah secara langsung dengan memohon petunjuk dan rahmatnya. Insyaallah, Allah tuhan yang maha pengasih lagi maha menyayangi.

Renungilah Kata kata Ali Bin Abi Talib

  •  Jauhilah kesombongan, kerana kesombongan menyebabkan ramai orang membencimu.
  •  Kesombongan meruntuhkan fikiran .
  •  Orang yang fikirannya semakin lemah, kesombongannya akan semakin kuat.
  •  Orang yang mengagumi dirinya sama dengan orang yang mengutuk kemampuannya.
  •  Orang yang merasa bangga akan dirinya sendirinya,kekurangan kekurangannya akan tersembunyi darinya.
  •  Sekiranya ia mengakui keutamaan orang lain, hal itu cukup baginya untuk merperbaiki kesalahan dan kegagalan   dirinya

Rendah Hati, Mulia Diri

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan berlagak sombong, sesungguhnya allah tidak suka kepada tiap tiap orang yang spombong lagi takbur, lagi membanggakan diri. "
                                                                                      ( surah luqman..18)

Rendah Hati, Mulia Diri,Allah Mengasihi dan meredhai.

Antara jalan terbaik untuk meraih cinta adalah dengan sentiasa merendah hati. Dengan berakhlak mulia, orang yang merendah diri akan meningkatkan martabat sosialnya serta menambah cinta dan kasih insan lain terhadap dirinya. kerendahan hati bukanlah penghinaan diri. Kerendahan hati merupakan satu sikap yangmulia dan karakter percaya diri, sedangkan penghinaan diri timbul dari kerendahan moral dan tidak percaya akan diri.

Sabda Rasulallah yang bermaksud :
"jauhilah puji diri, kerana seorang ahli ibadah akan terus menerus mengagumi diri sendiri, pada akhirnya akan dikatakan oleh Allah , "catatlah seorang hambaku daripada golongan yang sombong". " (al hadith)

Orang yang sombong dan bogkak selalu memuji dan mendukung kata kata dan tindakannya sendiri. Ia melihat kekurangannya sebagai hal yang baik.