PETANG itu, di serambi rumah usangmilik keluarga kami di Kuala
Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama
sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.
“Kenapa kau nak berhenti sekolah?” soal saya.
Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi
saya ulang soalan yang sama.
“Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai
akhir hayat,” jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.
Saya tersentak mendengar jawapan Amid.
“isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,” hati saya berkata kata.
“isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,” hati saya berkata kata.
“Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat
kacau ke?” pujuk saya lagi. Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak
tahan dengan gangguan budak-budak nakal.
“Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.
Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak
tinggalkan mak,” katanya separuh merayu.
Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak
bergurau.
“Betul ke ni?” soal saya masih tidak percaya.
“Betul,” balas Amid pula tanpa ragu ragu.
“Suka hati adiklah,” kata saya selepas lama termenung.
Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.
Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.
Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan
terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada
emak.
Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa,
umur pun sudah mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.
Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik
beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.
Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah
anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu
tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup,
saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap
kasar terhadap emak.
Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak
terlebih dahulu.
Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.
Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.
Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di
sana, tetapi dia menolak.
Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.
Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.
“Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak? Sapa nak uruskan lembu kambing?
Kakak? Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat. Lagipun takkan
nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?” Abang dan kakak pun dah ada keluarga
masing-masing. Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah
Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,” kata
Amid kepada saya.
Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya
mengalah.
Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak
akan setuju untuk ke Kuala Lumpur. Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku.
Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu
daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.
Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan
mendahulukan emak. Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari
pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu. Ada
kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk
menjaga hati Amid.
Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus
membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli
barang tersebut.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.
Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya.
Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki
untuk menjaga emak. Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak
mengecewakan kami.
Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di
ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di
biliknya selama emak terlantar. Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di
tengah malam buta, Amid pasti terjaga.
“Kenapa mak? Mak nak buang air ke? Lapar? Mak nak minum?” Amid akan bertanya pada emak.
“Kenapa mak? Mak nak buang air ke? Lapar? Mak nak minum?” Amid akan bertanya pada emak.
Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena. Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena. Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.
Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,
ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.
ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.
Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak
terasa nak muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.
Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta
emak muntah di telapak tangannya.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.
Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.
Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang. Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.
Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang. Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.
Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh
adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri. Di samping itu, Amid juga
bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid
laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh
sepenuhnya.Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah
30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari. Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari. Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.
Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun
yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing
yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.
Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah
cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir
ke arah itu.
Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu
di dalam hidupnya.
Khamis 7 Oktober 2004
AJAL dan maut di tangan Tuhan. Tidak ada sesiapa yang mampu menolak
ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan
kami buat selamanya. Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya
yang masih muda.Amid meninggal dipanah petir.
Ceritanya begini.
Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.
Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.
Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja
dengan kandang haiwan itu.
Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya,
Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu
itu.
Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka
sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.Jadi mereka langsung tidak memikirkan
tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.
Tiba-Tiba.
prangggggg. tuuuuummmmt!
prangggggg. tuuuuummmmt!
Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah,
Nor dan Ana terperanjat.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.
Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya
kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi
dentuman petir itu. Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah.
Dirinya terasa seperti di awang-awangan.
Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata, “Ya Allah. anak aku!”
Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada
di kebun. Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.
Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan
guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid. Dia
menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.
Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk
keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh
dari rumah mereka itu.
Sampai di sana…
“Ya Allah, adik akuuuuuu!!!” jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid
terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.
Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali, tapi Amid
tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku. Cerita Mek kepada saya. ketika itu dia
melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula
seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi
hitam kesan terbakar.
Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah
meninggal dunia. Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang
jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang
agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.
Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.
Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.
Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota
badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan
dan tangannya dikiamkan ke dada. cerita Mek kepada kami lagi.
Pagi Jumaat 8 Oktober 2004
PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku
diselimuti kain kapan di ruang tamu. Saya termasuk beberapa orang adik-beradik
dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.
Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah,
termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin. Setelah solat jenazah,
mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat
Jumaat pun berkumandang.
Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah
Yasin. Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang
khusyuk membaca Yasin. tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas
pokok-pokok di kuburan itu.
Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi
lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak. Saya pun
mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak
berkicau.Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai
ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.
Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat. Anehnya, sebaik saya
habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta. Apabila
saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah
ghaib entah ke mana.
Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai
sebelum ini. Baunya amat harum. Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum
itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi
saya tidak menemuinya. Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.
Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih
terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.Apabila pulang ke rumah
emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam
bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari
sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang. Subhaanallah! Itu saja yang mampu
saya katakan dalam hati.
Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau
bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga kami, Amid
menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin
saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.
Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian
anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan
orang-orang tua di akhbar atau majalah, pasti saya akan teringatkan sikap Amid.
Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir bertahun lamanya,
namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan
terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.
Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap
taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika
kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai
balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke
akhir hayatnya.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada
kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk
menerima balasan)”. – Surah Luqman ayat 14.
Sekadar renungan kepada kita. Sesamalah kita ambil iktibar.
Insya’allah.
Perkongsian dari Wanorizan’s Blog.
Perkongsian dari Wanorizan’s Blog.
No comments:
Post a Comment