Sallim ala kulli muslim abadan abada..Allahu Akbar!!

Tidaklah mata seseorang menistiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari apa neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori debu kehinaan.Apabila seorang dari kaum itu menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidak ada sesuatupun yang tidak ada kadar dan balasan, kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api..

Monday, December 3, 2012

Berputiknya cinta.. adakah ia milik kita ??




"Tiada terfikir,Terlintas Engkau akan tiba,Membawa perangsang.
Tiada terfikir, Terlintas,Engkaukan membuka,Sempadan perasaan.
Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak aqli"
Begitu indahnya cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata bicara. Akan tetapi diluahkan  melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.

Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.
Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!
Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.
Yang nyata dan pasti, kita tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kita. Taubatlah!
Jika kita merasakan dia jodoh kta, adakah dia mengajak kita kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kita kepada kemungkaran?

Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para sahabat untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya kita yang bakal bergelar graduan. Contohnya kita di Matrikulasi, apakah hubungan seterusnya selepas tamat pengajian di kolej ini ?? adakah berakhir begitu sahaja ??
Ketika cinta kita berputik pada si dia dan kita sendiri mengakui di dalam hati kita bahawa ada rasa sayang pada dia, dan hati kita punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kita ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.
Jika cinta Allah lebih kita sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kita.
Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kita pada Allah dan apa ajarannya telah kita ikuti?

Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kita cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kita dan buat diri kita. Jika pernikahan yang kita cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kita perlu mencari keredhaan Allah.
Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kita menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kita. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kita untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kita. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kita, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kita.
Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.
Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.
Hakikatnya, pada masa yang muda ini, dimana tujuan kita adalah belajar, maka belajarlah keutamaan kita. Dan ingatlah bahawa setiap perkara yang mendekati zina adalah haram. Maka haramlah berpasang pasangan lelaki dan perempuan yang bukan mahram . allah tidak menatapkan sesuatu ketetapan melainkan memelihara kemaslihatan kita serta menjadikan kita selamat selagi mana kita beriman kepada segala perintahnya

No comments: