Ada
seorang bapa datang ke
kedai, melihat-lihat seperti
pelanggan lain. Aku menerjahnya,
kedai, melihat-lihat seperti
pelanggan lain. Aku menerjahnya,
"Pakcik, laptop..." - dia
tersenyum dan masih melihat-
lihat laptop yang ada di kedai.
Aku menyambung lagi, "Nak beli
untuk anak ke?", "Ya, nak beli
untuk anak - dia nak sambung
tersenyum dan masih melihat-
lihat laptop yang ada di kedai.
Aku menyambung lagi, "Nak beli
untuk anak ke?", "Ya, nak beli
untuk anak - dia nak sambung
belajar - laptop yang mana yang
ok?". Aku mempromosi barang
seperti biasa - aku biasanya
ok?". Aku mempromosi barang
seperti biasa - aku biasanya
mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal
pakcik - tapi kalau setakat nak
buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu
seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan
dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut
"Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan
yang lain.
dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut
"Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan
yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter
menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya -
perempuan. "Yang
mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie
Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga
sama je", aku menyambut
soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" -
"Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya
dengan muka yang
kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang
lebih mahal. "Yang acer nie x
boleh ke ayah?", ayahnya terdiam
seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie
berapa boleh murah
lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah
tu..." aku
dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop
untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar -
yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah
pikir sangat - warenti
setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku
seperti mengerti kerut wajah bapanya.
seperti mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah,
yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop
dari
meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak
meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak
dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop.
Dia menyerahkan
duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku
yang mengira. Habis aku
mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer,
"Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima
Kasih ya...". Dia
dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit
yang
diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana
si
ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku
geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu
minta.
Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku
nampak airmukanya, aku
perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu
dia tiada duit pulang ke rumah
dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.
dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.
Ya
Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah
keduanya
sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...
sumber: fb
sumber: fb
No comments:
Post a Comment