- bermuamalat atau berusanlah dengan Allah sebagaimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu.Kami tidak merasa bingung atau marah dengannya. Apa yang kamu tidak suka dilakukan oleh orang bawahanmu,Allah juga tidak suka perlakuan sedemikian kerana allah adalah tuhanmu yang hakiki.
- setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, maka perbuatlahlah sebagaimana kamu mahu orang diperbuat atas dirimu kerana tidak sempurna keimanan seseorang itu selagi dia tidak suka orang lain peroleh sesuatu yang dia sendiri menyukainya.
- sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu, maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu. Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, nescaya kamu hanya mempelajari ilmu yang akan mengawasi hati kamu dan berusaha melepaskan dirimu dar belenggu dunia.
- Jangan mengumpul harta dunia melebihi keperluanmu untuk tempoh setahun kerana rasulallah sendiri hanya menyediakan bekalan terhadap isteri isteri baginda untuk tempoh sehari setengah sahaja.
tiada kebahagiaan yang hakiki di dunia mahupun di akhirat, melainkan meraih keredhaan daripada allah rabbul jalil, pemilik setiap jiwa.
Sallim ala kulli muslim abadan abada..Allahu Akbar!!
Tidaklah mata seseorang menistiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari apa neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori debu kehinaan.Apabila seorang dari kaum itu menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidak ada sesuatupun yang tidak ada kadar dan balasan, kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api..
Friday, January 14, 2011
Pesanan Imam Al ghazali
Iman al ghazali pernah berpesan agar dilakukan empat perkara berikut supaya dapat mencantikkan akhlak, iaitu :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment