Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan
membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang
dan cintanya.
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga,
pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia
akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur,
agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia
melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan
cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan
kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang
tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh
kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan
dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan
dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani,
tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.
Adapun
seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan
menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang
putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.
Kedokteran
modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut
pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan
menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang
rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk
melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk
berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!
Dan wajib
bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut,
sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha
meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan
mematahkannya.
Yang
dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang
wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai
Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.
No comments:
Post a Comment